dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Machan, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Ekelas & Advokasi KDB

14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 4 orang peserta sekolah Menengah yang ingin membuat pendaftaran mengikuti ekelas. Kelas telah dijalankan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Bilik Latihan PI Machan. Ekelas ialah program inovasi pendidikan digital di bawah Maxis. Ia merupakan tuisyen percuma secara online untuk pelajar PT3. Peserta yang telah berdaftar untuk menyertai ekelas boleh membuka portal ekelas mereka masing-masing.

Peserta telah belajar menambah kenalan, membuat perbincangan, melihat subjek-subjek ekelas dan melihat mata (point) di dalam portal masing-masing. Ekelas ini memberi kemudahan kepada peserta untuk mengulangkaji serta melihat subjek-subjek Sains, Matematik dan English yang telah diajar di sekolah. Selain itu, peserta juga telah diberi taklimat ringkas mengenai buli siber. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab kepada peserta mengenai keburukan buli siber di samping tidak menjadi pembuli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.