dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Machan, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Origami Membuat Bintang & Advokasi KDB

04 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah mengikuti kelas membuat origami bintang. Ia diadakakan bertujuan untuk mengisi masa lapang khususnya kepada golongan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Melalui kelas ini, peserta dapat meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus mendedahkan peserta dengan penggunaan internet yang bijak terutamanya penggunaan “Youtube” dengan cara yang betul.

Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk ewaste. Ia bertujuan memberi pendidikan kepada peserta tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih mereka. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada peserta terhadap kesan buruk terhadap kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.