Latihan menaip & Advokasi KDB

14 February 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas hari ini ialah kelas latihan menaip. Untuk aktiviti kali ini mereka belajar menggunakan MS Words. Tugasan mereka hari ini adalah menaip cerita khayalan/fairy tales. Semasa aktiviti ini mereka dikehendaki mencari apa sahaja cerita yang mereka minat menggunakan Google dan menaip cerita tersebut ke dalam MS Words. Aktiviti ini mendedahkan peserta kepada teknik menaip, mencari maklumat, copy and paste gambar dari internet ke dalam MS Word.

Selepas selesai kelas peserta telah diberikan aktiviti Advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’. Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali