Pertandingan mewarna bendera Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan & Advokasi KDB
14 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang merupakan pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi Hari Kemerdekaan di Pekan Machan dengan menyertai pertandingan mewarna Jalur Gemilang Malaysia ini akan menjadikan mereka lebih mengenali warna dan simbol yang terdapat di Bendera Malaysia serta menimbulkan semangat Cintakan Malaysia di dalam diri mereka. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran “Hentikan Berita Palsu”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: