NADI E-SUKAN (Mobile Legend Tournament Season 3)-Saringan Mobile Legend Peringkat NADI
11 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini10 Ogos 2025- Seramai 18 orang pelajar bawah 18 tahun telah menghantar penyertaan untuk menyertai saringan mobile legend sesi ke-3 peringkat NADI. Pertandingan mobile legend ini telah diadakan di NADI PEKAN Machan. Pertandingan telah berlansung daripada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: