NADI MAHIR JAHIT Minggu ke-14 (Kelas 8)

17 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-14. Kelas ini telah disertai oleh 6 orang peserta dari NADI Pekan Machan. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 5:00 petang.

Topik yang dikongsikan pada minggu yang ke-14 ini adalah cara untuk menjahit kurung pesak. Semua peralatan jahitan yang digunakan semasa kelas Mahir Jahit ini telah disediakan di NADI kecuali fabrik.

Objektif Pembelajaran MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali