NADI X Cybersecurity-Webinar Keselamatan Media Sosial-”Bagaimana Phishing Boleh Ambil Alih Akaun Anda”

25 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2025, bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang, 5 orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai Webinar NADI X Cybersecurity bertajuk Webinar Keselamatan Akaun Media Sosial; Bagaimana Phishing Boleh Mengambil Akaun Anda secara dalam talian.

Webinar ini menerangkan mengenai keselamatan akaun media sosial dengan menekankan ancaman seperti pendedahan maklumat peribadi, serangan phishing, dan penyamaran identiti. Peserta telah didedahkan dengan teknik audit akaun, semakan tetapan privasi, serta demonstrasi secara langsung bagaimana pautan phishing boleh memintas 2FA dan mengambil alih akaun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali