Program Kempen Internet Selamat(KIS) di SK Nanga Ngemah, Kanowit
5 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2025 jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, NADI Pekan Machan dan NADI Kluster Kanowit iaitu NADI Nanga Ngungun dan NADI Kampung Nanga Tada telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat di SK Nanga Ngemah. Program ini telah dihadiri oleh 19 orang pelajar dari Tahap 1 dan Tahap 2 beserta kakitangan di sekolah berkenaan.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mendidik murid dan warga sekolah tentang pengunaan internet secara bijak, selamat dan beretika. Selain itu, ia juga bertujuan menangani masalah isu buli siber, maklumat palsu dan ketagihan gajet.
Di akhir sesi, pelajar diberikan soalan untuk menguji kefahaman serta penilaian mereka terhadap Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang telah dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: