NADI X Mahir Pertanian Pintar (Minggu 11)
13 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2025, bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung secara atas talian Google Meet.
Pada minggu ini, peserta telah diperkenalkan mengenai pengurusan ladang dan sistem sokongan pertanian. Pengurusan ladang merupakan cabang ekonomi pertanian yang memperkatakan tentang aktiviti perolehan kekayaan dan perbelanjaan kekayaan seorang petani berhubung dengan organisasi dan operasi unit ladang individu untuk mendapatkan pendapatan bersih maksimum yang mungkin.
Di samping itu, peserta juga diperkenalkan perniagaantani iaitu salah satu cara untuk menerangkan syarikat dan perusahaan yang berkaitan dengan penanaman dan pemprosesan makanan dan produk pertanian lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: