Program Kempen Internet Selamat(KIS) di SK Ulu Poi, Kanowit

13 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2025 jam 10.30 pagi hingga 12.30 petang, NADI Pekan Machan dan NADI Kluster Kanowit iaitu NADI Nanga Ngungun dan NADI Kampung Nanga Tada telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat di SK Ulu Poi. Program ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar dari Tahap 1 beserta kakitangan di sekolah berkenaan.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mendidik murid dan warga sekolah tentang pengunaan internet secara bijak, selamat dan beretika. Selain itu, ia juga bertujuan menangani masalah isu buli siber, maklumat palsu dan ketagihan gajet.

Di akhir sesi, pelajar diberikan soalan untuk menguji kefahaman serta penilaian mereka terhadap Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali