NADI X Awareness Taklimat Safe “Laman Web Berbahaya”
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2025, telah diadakan Taklimat daripada NADI X Kesedaran yang bertajuk “Laman Web Berbahay” yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah.
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan internet dalam kalangan masyarakat. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan tentang cara melayari internet dengan bertanggungjawab dan mengelakkan ancaman siber, meningkatkan kesedaran tentang risiko dalam talian atau memahami bahaya seperti penipuan dalam talian, buli siber dan penyebaran maklumat palsu.
Di samping itu, ia mempromosikan etika digital iaitu mendorong tingkah laku yang baik dalam dunia nyata termasuk menghormati privasi dan hak individu lain dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: