NADI X Mahir Pertanian Pintar (Minggu 13)

27 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 November 2025, bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung secara atas talian Google Meet.

Pada minggu ini, peserta telah diperkenalkan dengan kepentingan dan tujuan Rancangan Perniagaan. Antara pembelajaran yang dipelajari adalah panduan mengendalikan/ mengurusan perniagaan, mengurangkan risiko kegagalan, menentukan jumlah modal dan sumber pembiayaan, pengagihan sumber secara maksimum untuk meningkatkan produktiviti serta menilai dan mengkaji prestasi perniagaan.

Kesimpulannya, peserta dapat memahami rancangan perniagaan dapat memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea perniagaan atau projek perniagaannya dengan lebih teliti, secara objektif dan kritis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali