NADI Care-10 Minit Fisio: Gerakan Selamat Untuk Kurangkan Sakit Belakang. Pusat Ekonomi Digital

Forum Mahir Intake 4

3 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Julai 2026, 7 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai Forum NADI Mahir Intake 4 yang berlangsung secara serentak di seluruh Sarawak. Forum tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Forum ini memberi penerangan lebih jelas tentang Program Mahir Intake 4 2026. Selain itu, melalui sesi ini juga, para peserta dapat memahami perjalanan dan jadual Mahir Intake 4 serta memperkenalkan program baharu iaitu Mahir Microsoft dan Mahir Prompt Engineer. Penerangan mengenai pelaksanaan program Mahir Intake 4, struktur pembelajaran, jadual kelas, program Mahir baru turut diperkenalkan dan lain-lain lagi. Kini, kelas Mahir terdiri daripada kelas Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Baiki Gajet, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Microsoft Office dan Mahir Prompt Engineer.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali