NADI X Keusahawanan-Webinar Pemasaran digital-Modul 3-AI Untuk Mencipta Kandungan

1 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mac 2026, bermula pukul 10.00 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu Webinar Pemasaran digital Modul 3 iaitu AI Untuk Mencipta Kandungan.

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri latihan asas komunikasi visual yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai cara memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan AI dalam mencipta kandungan pemasaran yang menarik, relevan dan berkesan bagi perniagaan mereka. Kelas ini juga bertujuan untuk membantu para usahawan memahami kaedah terbaik dalam merancang, mengurus dan menilai prestasi kempen pemasaran digital mereka secara lebih sistematik dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali