NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat E-sukan LMS - Modul 10-Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan
5 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2026, bermula pukul 2.00 petang, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Pembelajaran sepanjang hayat iaitu Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan.
Modul ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan komunikasi yang berkesan dalam pasukan e-sukan. Komunikasi yang baik membantu setiap ahli pasukan memahami strategi permainan, berkongsi maklumat dengan cepat serta membuat keputusan yang tepat semasa perlawanan.
Melali modul ini, peserta akan mempelajari asas komunikasi dalam pasukan seperti memberi arahan yang jelas, mendengar pandangan rakan sepasukan serta bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: