NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-13)-Pembuatan Mexican Bun
8 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ke-13 ini, peserta diajar tentang teknik pembuatan Mexican Bun, roti berinti dengan toping manis yang popular. Selain itu, peserta diajar menghasilkan doh yang lembut dan gebu dengan kaedah yang betul. Seterusnya kelas ini mengajar peserta menyediakan toping manis khas yang menjadi identiti Mexican Bun.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan bahan asas seperti tepung, yis, gula, mentega, telur dan bahan toping. Kedua ialah demonstrasi langkah demi langkah iaitu cara menguli doh, proses fermentasi, dan membentuk bun. Akhir sekali ialah penyediaan toping kopi manis iaitu teknik membuat adunan toping dan cara menyapu di atas bun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: