NADI X Awareness (KIS)-Taklimat Buli Siber
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Feb 2026, bermula pukul 3.00 petang, 6 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Awareness (KIS) yang bertajuk Buli Siber.
Taklimat buli siber ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang isu buli siber dan kesannya terhadap individu serta masyarakat. Dalam taklimat ini, peserta didedahkan kepada bentuk-bentul buli siber, tanda-tanda menjadi mangsa, implikasi emosi dan sosial serta langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil. Program ini membantu peserta memahami kepentingan etika dan keselamatan dalam penggunaan media digital, disamping mengalakkan sikap bertanggungjawab dan saling menghormati dalam persekitaran dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: